Hari ini,01hb.Feb,2007....Wan meninggal malam tadi...31hb.Jan,2007 bersamaan 12 Muharram,1428H. Aku tak dapat balik...maklumlah jauh anyway,Long,Zakir,Najib,Ijah,Is,Achai dan Hasbul serta abah ada di semenanjung.
Aruah adalah antara orang yg rapat dalam sejarah hidup aku. Maklumlah, sejak kecil aku sering pulang ke kampung (masa tu tinggal di Johor) dan aku akan mengikuti Aruah Tok Hawa (adik Wan yg paling bongsu) dgn keretanya utk balik ke Melaka. Ditambah pula bila abah berpindah ke Perak, aku dan Zakir ditinggalkan di Melaka bersama Wan. Dalam jagaan Wan, aku agak bebas...terjun kolam, sungai, lundang....sebut ajer, sampai aku nyaris mati lemas....dan perkara tersebut berjaya aku rahsiakan hinggalah hari2 terakhir semasa di Sek Keb Pulai dulu...hmmm..marah sungguh Wan kerana abah dan aruah mak dapat tahu hal tu dari pihak sekolah. Tapi dalam pada itu, Wan berjaya mendidik aku hingga berjaya mendapat 5A dlm peperiksaan Penilaian Darjah 5...orang pertama dalam sejarah penubuhan sekolah tersebut!!!hehe....malah aku juga berjaya menjuarai Musabaqah Peringkat Sekolah2 Rendah negeri Melaka pada tahun 1981...juga atas usaha dan pengorbanan Wan. Saban malam dia menemani aku ke rumah ustaz..dgn basikal tuanya...Wan, maafkan Ibal andai ada salah dan silapku selama ini...
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan silap Wan...seterusnya meletakkannya dalam golongan hamba2nya yg dipelihara dari siksa kubur...siksa padang mahsyar...siksa neraka Jahannam..amin ya rabbal alamin..
Thursday, February 1, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)